alexametrics
31 C
Pontianak
Saturday, June 25, 2022

Saigoniyah Pondok Pesantren Pertama di Kalbar

Melihat Khaul ke 77 HM Yusuf Saigon Al Banjari

Sebagai seorang saudagar hartawan yang dermawan serta atas dasar pengalaman di Singapura 1883, Yusuf beroreitasi mengembangkan ekonomi masyarakat. Tahun 1935 beliau mendirikan koperasi yang pada saat itu diberinama Koperasi Usaha Bersama Untung Rugi (OEBOER) yang unit usahanya adalah: pembuatan sabun, ember dari seng, jahit menjahit, air mineral serta alat-alat kosmetik.

BERDASARKAN pengalaman sosial dan tingkat ilmu pengetahuan baik yang bersifat umum maupun religius, serta kesadaran tinggi terhadap hubungan sosial, maka Yusuf juga senantiasa menjaga hubungan baik dengan kerajaan Pontianak. Dalam segala hal, termasuklah pengembangan wilayah Saigon menjadi daerah yang maju dan berkembang.

Sekitar tahun 1908 datanglah seorang al-allamah dan sekaligus saudagar kaya yang dermawan di Kota Pontianak tepatnya di kampung Saigon. Sebagian besar wilayahnya masih hutan belantara. Dia Syech Yusuf Saigon al-Banjari. Syech Yusuf Saigon adalah anak dari Syech Muhammad Thasin bin Mufti Jamaluddin bin Syech Arsyad al-Banjari.

Cucu dari Syech Mufti Jamaluddin bin cicit dari Syech Muhammad Arsyad Al-Banjari. Banjarmasin salah seorang anak Mufti Jamaluddin bin Muhammad Arsyad al-Banjari, ialah Muhammad Thasin al-Banjari.
Beliau mengembara ke beberapa buah negeri kerana menyebarkan agama Islam terutama sekali dalam bidang ilmu tajwid. Sewaktu beliau merantau ke Brunei, menikah di sana. Memperoleh anak bernama Ramli. Muhammad Thasin al-Banjari meneruskan perantauannya ke Pontianak. Memperoleh tiga orang anak lelaki, iaitu Muhammad Yusuf, Muhammad Arsyad dan Abdur Rahman.

Diriwayatkan, bahawa Muhammad Yusuf bin Haji Thasin setelah belajar ilmu-ilmu keislaman secara mendalam, beliau meneruskan usaha akhirnya menjadi saudagar intan. Muhammad Yusuf juga merantau ke seluruh tanah Kalimantan. Selanjutnya Muhammad Yusuf merantau ke Sumatera, hingga beliau meneruskan perantauannya ke luar negeri, yaitu ke Saigon (Vietnam) dan Kemboja.

Baca Juga :  Buronan Korban Kencan Michat Dibekuk di Kampung Beting

Di Pontianak, Muhammad Yusuf membuka tanah perkebunan getah yang sangat luas. Setelah usahanya menjadi, diberinya nama kampung itu sebagai “Kampung Saigon”. Akhirnya beliau sendiri terkenal dengan panggilan Yusuf Saigon dan hilanglah nama Banjarnya.

Kedua anak Muhammad Thasin al-Banjari yang tersebut di atas, yaitu Muhammad Yusuf dan Muhammad Arsyad, setelah mereka melihat kesuburan pohon-pohon getah hasil usaha gigih dan susah payah mereka sendiri, bangkitlah kembali cita-cita untuk meneruskan perjuangan moyang mereka, iaitu Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari yang sangat masyhur.

Mereka berdua beriktikad, bahwa tiada satu perjuangan pun yang lebih mulia, dapat menyelamatkan seseorang sama ada di dunia maupun akhirat, melainkan perjuangan menyebarkan ilmu-ilmu yang diajarkan oleh para Nabi dan Rasul. Bahwa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, nabi dan rasul akhir zaman, tidak syak lagi adalah satu-satunya agama yang wajib diperjuangkan oleh setiap insan Muslim.

Urusan mencari dana untuk kepentingan umat Islam ditangani oleh Muhammad Yusuf, sedangkan untuk propaganda dan dakwah dilakukan oleh saudaranya, Muhammad Arsyad. Cita-cita keduanya dikabulkan Allah. Tahun 1925 datanglah seorang pemuda yang alim dari Ketapang bernama Abdus Shamad yang mendapat pendidikan di Madrasah Shaulatiyah, Makkah. Salah seorang guru beliau di Madrasah Shaulatiyah, Mekah ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman, yang kemudian dikenali
sebagai Syeikhul Islam di Kerajaan Selangor.

Baca Juga :  Midji Selalu Tegas, Harisson Tak Kenal Libur

Abdus Shamad ditampung oleh Muhammad Yusuf Saigon, lalu didirikanlah pondok-pondok tempat tinggal para pelajar, ketika itu berdirilah Pondok Pesantren Saigoniyah yang dianggap sebagai pondok pesantren yang pertama di Kalimantan Barat. Sungguhpun demikian, sebenarnya sistem pendidikannya bukan sistem pondok, karena ia juga mempunyai bangku-bangku tempat duduk para pelajar. Dikatakan sebagai pondok pesantren yang pertama di Kalimantan Barat hanyalah kerana di Pondok Pesantren Saigoniya.

Yang pertama sekali terdapat pondok-pondok tempat tinggal para pelajar yang dimodali oleh Muhammad Yusuf Saigon. Ada pun pengajian pondok selain itu ialah Dar al Ulum yang diasaskan oleh Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, murid Tok Kenali. Pengajian pondok terletak di Kampung Terusan, Mempawah. Hanya pondok pengajian inilah satu-satunya pondok pengajian tanpa kelas dan tanpa bangku, sistem pendidikannya sama dengan di Patani, Kelantan, Kedah dan Pulau Jawa. 1975, beberapa orang kader Pondok Pesantren Saigoniyah dan Dar al-’Ulum bergabung, sama-sama mengajar di Pondok Pesantren Al-Fathaanah di Kuala Mempawah. Pondok Pesantren Saigoniyah hilang atau tenggelam namanya akibat perang dunia II, tentera Jepang pun mengganas di Kalimantan Barat.

Setelah Jepang kalah, nama itu tidak muncul lagi, nama baru yang muncul dalam tahun 1977 ialah Madrasah Al-Irsyad. Nama baru ini diberikan bertujuan mengabadikan nama Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari dan nama keturunan beliau, iaitu Muhammad Arsyad. Beliau adalah satu-satunya ulama yang dihormati di Kampung Saigon ketika itu.

(moeslim minhard dari Sejarah Singkat, HM Yusuf Saigon dan Mufti H Abdussamat Saleh)

Baca Juga :  Mentan SYL Dorong Anak Muda Kalbar Kembangkan Sarang Burung Walet

Baca Juga :  Jalan Trans Kalimantan Berlubang dan Rawan Banjir

Most Read

Artikel Terbaru

/